To all SPM ex-candidates (2016)
Pada tanggal 16 Mac 2017, bermulalah bab baru dalam sejarah kehidupan semua bekas calon SPM 2016. Di mana ada kisah suka dan duka, tangisan dan ketawa gembira dan macam-macam lagi perasaan yang timbul dalam diri mereka. Tetapi mungkin ada yang di antara mereka yang mungkin masih lagi tercari-cari dan berfikir tentang hala tuju masa depan mereka. Bukannya kerana mereka tidak ada tujuan hidup tetapi mungkin kerana keputusan yang ada tidak seperti apa yang mereka bayangkan dan inginkan. Kepada adik-adik lepasan SPM semua, Jangan berputus asa dan jangan terlalu berpuas hati dengan pencapaian yang kamu dapat pada hari ini. Ingatlah bahawa itu semua hanya sementara sahaja, namun, pencapaian itulah juga yang akan menentukan hala tuju kehidupan kamu selepas ini. Selepas SPM, kamu memiliki banyak pilihan, samada kamu ingin memilih ; Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM atau terus bekerja. Semuanya memiliki pro dan contranya yang tersendiri. Apa-apapun pada akhirnya kamu yang akan menentukan mas...