To all SPM ex-candidates (2016)

Pada tanggal 16 Mac 2017, bermulalah bab baru dalam sejarah kehidupan semua bekas calon SPM 2016. Di mana ada kisah suka dan duka, tangisan dan ketawa gembira dan macam-macam lagi perasaan yang timbul dalam diri mereka. Tetapi mungkin ada yang di antara mereka yang mungkin masih lagi tercari-cari dan berfikir tentang hala tuju masa depan mereka. Bukannya kerana mereka tidak ada tujuan hidup tetapi mungkin kerana keputusan yang ada tidak seperti apa yang mereka bayangkan dan inginkan.

Kepada adik-adik lepasan SPM semua,
Jangan berputus asa dan jangan terlalu berpuas hati dengan pencapaian yang kamu dapat pada hari ini. Ingatlah bahawa itu semua hanya sementara sahaja, namun, pencapaian itulah juga yang akan menentukan hala tuju kehidupan kamu selepas ini. Selepas SPM, kamu memiliki banyak pilihan, samada kamu ingin memilih ; Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM atau terus bekerja. Semuanya memiliki pro dan contranya yang tersendiri. Apa-apapun pada akhirnya kamu yang akan menentukan masa depan kamu sendiri.

***

Hari ini saya akan bercerita tentang pengalaman hidup saya selepas SPM. Setelah mendapat keputusan SPM, saya sendiri berfikir tentang hala tuju saya selepas itu kerana keputusan yang telah saya dapat tidaklah mencapai target yang saya inginkan, namun, keputusan itu tetap memuaskan hati saya kerana I didn't expect anything high for the result. Alhamdulillah, keputusan yang saya dapat berjaya melayakkan saya untuk pergi ke ujian kelayakan perguruan, namun saya gagal dalam ujian temuduga. Tetapi, rezeki Allah itu luas, saya berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke matrikulasi.

Di awal kemasukan saya ke matrikulasi, jujur saya katakan yang saya ingin secepatnya keluar dari alam Matrikulasi kerana saya masih tidak dapat membiasakan diri saya di sana dan mungkin saya masih tidak faham tentang fungsi matrikulasi itu sendiri. Tetapi, setelah sebulan berada di sana, saya merasa selesa dan I can adapt well with the environment. Saya berjumpa dengan kawan baru dan hubungan saya dengan kawan-kawan semakin rapat. Hubungan persahabatan di matrikulasi saya rasakan seperti hubungan dengan keluarga kerana saya semasa itu berjauhan dengan keluarga dan jika pulang ke rumah pun hanya sebulan sekali.

But the point is setiap perjalanan yang akan kamu tempuhi nanti adalah satu chapter yang baru untuk diri kamu. Kenapa saya katakan begitu ? kerana saya sendiri sudah pernah melalui semua ini. Keputusan SPM yang saya dapat tidaklah tinggi mana, dan saya pada asalnya mengambil aliran sains tulen, saya belajar matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia, tetapi disebabkan saya mendapat gred D untuk kimia, saya ditawarkan aliran perakaunan di matrikulasi. Saya belajar benda baru semasa di matrikulasi dan semasa itu saya merasakan diri saya kerdil sangat.

Semasa ujian pertengahan semester, keputusan yang saya dapat tidak memberangsangkan. Orang kata culture shock mungkin, kerana baru 2 bulan lebih mempelajari benda baru tapi Alhamdulillah, keputusan untuk semester 1 saya sangat memuaskan hati kerana like I said I didn't expect something high. dan keputusan saya meningkat apabila memasuki semeseter 2. Dari situ saya mula yakin pada diri sendiri dan saya mula bersyukur kerana saya belajar aliran perakaunan. Cuba bayangkan jika saya meneruskan pengajian saya dalam bidang sains walaupun saya tahu bidang itu bukanlah bidang yang saya okay.

Di sini dapat kita lihat, SPM is not everything, tapi SPM jugalah yang akan menentukan hala tuju masa depan kita. Banyak bidang lain yang boleh kita teroka, kita mungkin tidak tahu kemungkinan yang kita akan berjaya dalam bidang tersebut. Ramai juga orang yang berjaya mendapat keputusan straight A semasa SPM dulu tapi sekarang masih lagi mencari pekerjaan. Kita hanya perlu yakin pada diri sendiri dan juga rezeki daripada Allah. Yang penting diri kita tidak boleh malas mencari peluang yang ada, jangan hanya bergantung pada nasib. Setelah mendapat peluang yang ada, grab it dan berusahalah untuk mencapai kejayaan. Jangan menyesal untuk kali yang kedua. Orang kata, manusia ni hanya ada 2 peluang saja, peluang ketiga, jarang-jarang ada.

So, to all SPM ex-candidates, kepada yang mendapat keputusan yang bagus, tahniah, you deserve it dan kepada yang gagal mendapat keputusan yang bagus, jangan bersedih. Reflect balik cara kamu belajar, dan janganlah duduk bersedih sahaja, peluang di luar tu banyak, jangan lepaskan. It's all from us, samada kita mahu berjaya atau terus gagal.

Comments

Popular posts from this blog

When you feel down

The Grief of Adulting